Ilmu merupakan pengetahuan yang digauli sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah ke pendidikan tinggi. Pengetahuan yang dikumpul manusia melalui daya pemikirannya yang kemudian disusun menjadi satu pola ilmu pengetahuan ini kemudian dapat dikembangkan. Namun, keghairahan manusia mengejar ilmu pengetahuan dewasa ini banyak dicerminkan oleh unsur yang bervariasi yang belum tentu menjanjikan perkembangan ilmu yang hakiki. Menurut perpektif tauhid, sains yang dipimpin oleh wahyu menjadikan pengetahuan manusia lebih bermakna dan benar. Limitasi sains memerlukan penjelasan agama wahyu demi menyingkap hakikat disebalik objek kajiannya itu. Justeru, Universiti Terbuka Badar Al-Kubra ini berperanan untuk menyuburkan suasana ilmu di pendidikan tinggi dengan cara memprogram serta menyelenggara sebuah Kurikulum Islam Berbasis Integrasi, diharap mampu melahirkan individu yang bukan sahaja berilmu pengetahuan malah memiliki paradigma kritis yang ‘jernih’ tauhid sebagai alternatif bagi ‘penderhakaan akal’ Barat terhadap ‘kesultanan’ Allah Swt dan hak asasi-Nya sebagai Pentadbir alam ini.
Usaha terhadap pengembangan sesuatu ilmu pengetahuan itu memerlukan kita untuk menghayati dan memahami kaedah prosedur ilmu pengetahuan yang benar menurut rasionaliti Islam dalam berhadapan dengan fahaman Saintisme, Deisme dan sains sosial Barat yang prejudis terhadap sumber wahyu itu. Oleh itu, kuniaan Allah SWT kepada manusia seperti keupayaan bahasa yang bersifat komunikatif dan fikiran yang mampu menalar wajib disyukuri bagi membolehkan pengetahuan dikembangkan. Semoga usaha murni yang mengajak agar setiap mahasiswa sentiasa berfikir untuk mencari kebenaran akan diberi petunjuk oleh-Nya